Tuesday, December 13, 2011

Pintu Gerbang SK Rajau Ensika, Simunjan, Sarawak

Setahun Berlalu.....

Ya Allah...sudah terlalu lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Semua ini gara-gara kesibukan yang teramat sangat. Siapa kata cikgu ni duduk goyang kaki sahaja???

2011 - Tahun yang sangat sibuk bagi saya. Tahun ini saya pertama kali mengajar kelas tahun 6, subjek Bahasa Malaysia... Alhamdulillah, keputusan UPSR yang diumumkan ternyata membuatkan saya senyum lebar. Semua murid lulus dalam semua mata pelajaran (lulus 100%)...Alhamdulillah.... Dalam kesibukan mengajar murid tahun 6, hujung minggu saya pula diisi dengan kuliah di UPM (PJJ) di Kuching. Perjalanan ke Kuching setiap Jumaat selepas tamat persekolahan telah berjaya dilalui selama setahun ini....walaupun banjir, panas terik, saya redah juga demi mendapatkan ilmu yang diinginkan....

Apa yang pasti, terlalu banyak yang berlalu tahun ini....Rasa bersalah pula kerana tidak update apa yang berlaku sepanjang 2011 ini. Insya Allah 2012 kelak saya akan kembali menulis pengalaman saya. Buat pengetahuan semua, saya masih akan mengajar di daerah Simunjan. Permohonan saya untuk bertukar ke Semenanjung buat kali ketiga masih gagal.. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini berlaku. Allah SWT mempunyai perancangan buat semua hambaNya di dunia ini.

Cuti sekolah masih berbaki beberapa minggu lagi...Sekarang ini sibuk orang ramai memperkatakan mengenai SBPA di mana-mana sahaja. Saya masih belum menandatangani tawaran ini dan menunggu taklimat daripada Guru Besar di sekolah.

Baiklah, sampai sini sahaja yang mampu saya coretkan. Ada masa saya akan kembali lagi.

Assalammualaikum dan selamat pagi.....