Saturday, September 18, 2010

Kembali Ke Sarawak

Jam 3.30 petang, saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kawan-kawan guru telah sedia menanti menjemput saya di sana. Esok,  saya dan rakan-rakan akan memulakan perjalanan pulang ke sekolah setelah bercuti 2 minggu sempena Aidilfitri. Walaupun 'mood' raya masih mencengkam jiwa, namun, tugas mendidik harus diteruskan. Lebih-lebih lagi, minggu hadapan peperiksaan UPSR akan bermula. Semoga kedua-dua orang calon SK Rajau Ensika dapat menjawab soalan dengan sebaiknya. 


Penat dah ni...Saya mahu tidur dan semoga perjalanan esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...Insya Allah

2 comments:

  1. 2 org je? lagi dasat dari sekolah saya..kekeke.. semua murid bape org kat SK Rajau Ensika tu?

    ReplyDelete
  2. Murid kat SKRE ni 26 orang je semuanya.

    Tahun 1 - 2 org
    Tahun 2 - 3 org
    Tahun 3 - 7 org
    Tahun 4 - 7 org
    Tahun 5 - 5 org
    Tahun 6 - 2 org

    ReplyDelete