Friday, February 3, 2012
Penat
Hari ni, lepas je habis sekolah, dengan tak berlengah-lengah lagi terus keluar dari sekolah....hari nak hujan, langit dan gelap dan mendung....jadi, cepat2 la jalan, kot kang tengah-tengah jalan ditimpa hujan lak.....hmmmm hujan lebat malam semalam membuatkan jalan hutan untuk keluar jadi becak semuanya...aduhai....habis kaki masuk dalam selut....alang2 jalan licin, tanggal je selipar....rasa nak humban je dalam semak tepi jalan...hahaha...apapun sampai je rumah panjang kampung kakus, cuaca mendung bertukar panas...adohai, terbakar lak kulit....dah merah mcam udang kara...hahahah....cikgu kat pedalaman ni bukan setakat mengajar je, dah jadi tukang ramal cuaca, hujan, air pasang semuanya....serba boleh....kalau tak pandai ilmu2 ni, alamat, deman, kuyup la semuanya....hahahaha....bertuahnya la kawan2 cikgu yang naik kete, parking je masuk depan sekolah...abis citer....hujan tak basah, panas tak berpeluh.....kami kat ensika ni, kete semuanya parking kat pekan sebangan (sewa umah orang)....dah jalan kaki, tumpang lagi kete orang untuk amik kereta sendiri...nak parking tepi jalan, takut dipecah orang lak....apa pun....ni dah selamat sampai kat rumah sewa di kuching.....5 hari di kuaters sekolah bersempit2...2 hari di rumah sewa seorang, lapang...hahahah.....bagai bumi ngan langit rumah yang diduduki sekarang ni....apa pun bersyukur sebab ada tempat berlindung....duit belakang kira sebab duit boleh dicari....
Wednesday, February 1, 2012
Tekanan Sudah Bermula
Tahun ni, calon UPSR SK Rajau Ensika ialah seramai 8 orang. Tak ramai, sikit je. Tapi tahun lepas, lagi sikit, 4 orang sahaja. Alhamdulillah, tahun lepas sekolah telah berjaya lulus 100% dalam peperiksaan UPSR. Tahun ni, para guru kena kerja lebih kuat untuk mengekalkan prestasi itu, lebih-lebih lagi ada seorang murid yang lemah.
Ujian Diagnostik yang berakhir pada minggu lepas menunjukkan ramai murid yang masih belum menguasai kemahiran dalam semua subjek. Saya dah mula mengatur strategi untuk tahun ni. Yang pasti guru-guru dan murid-murid semua kenalah memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Murid-murid dah diingatkan untuk buang virus M (malas) dalam diri mereka. Calon tahun ini juga merupakan anak didik saya yang saya ajar subjek BM sejak mereka di tahun 3 lagi. Jadi saya sudah mengenali kelemahan dan kekuatan mereka.
Tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya untuk meneruskan pengajian saya. Insya Allah saya akan menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Pendidikan saya pada Disember ini. Maka bebanan kerja bukan sahaja untuk mendidik anak-anak murid, tetapi bebanan saya untuk belajar dan menghadiri kelas serta peperiksaan. Semoga saya diberikan kekuatan untuk meneruskan semua ini seperti mana tahun lepas, amin amin amin....

Saturday, January 21, 2012
Cuti CNY
Betapa happynya budak2 sekolah bila sekolah cuti....paling happy bila cikgu2 tak meninggalkan kerja rumah....amboi, kerja rumah takde, tapi kerja2 kat rumah tu melambak2 nak dibuat....apa pun, sempena tahun baharu cina ni, penduduk kampung dan warga sekolah berjaga-jaga juga, jika hujan turun berpanjangan, mungkin banjir akan melanda. Kali ni banjir gelombang kedua.... hmmmm, apasal la masa banjir aritu, cikgu baharu belum sampai....hahaha, teringin nak tengok mukanya lihat rumah dah jadi pulau.... :-p apapun, selamat menjadi warga pendidik baharu buat Osman Zaini.....jom kita kekalkan budaya kerja SK Rajau Ensika.... dan buat rakan2 yang menyambut tahun baharu cina....enjoy ur day....main mercun tu hati2 ( tapi tak pernah pula dgr orang cina main mercun putus jari mcm orang melayu)...perlu kajian ni.....hahahah....
Monday, January 9, 2012
Banjir Pertama
Semalam, 9 Januari 2012, hujan turun tak berhenti-henti sejak petang hingga malam. Ditambah pula dengan air pasang menyebabkan banjir mula berlaku. Hujan lebat hanya berhenti menjelang tengah malam. Syukur air masih belum naik, tetapi semua guru dalam keadaan berjaga-jaga. Khamis ini, semua guru standby kerana air pasang 6.0 meter akan melanda. Jika hujan turun pada waktu air pasang, pastinya banjir besar seperti 2009 akan melanda sekali lagi.
Pagi tadi pergi ke sekolah naik bot kepunyaan Guru Penolong Kanan yang ditambat di depan rumah kami. Punyalah tak nak meredah air banjir. Hahahaha. Apapun, sesi P&P tetap diteruskan. Murid-murid daripada Kampung Sungai Kakus hari ini ke sekolah semuanya dengan menaiki bot, manakala murid-murid Kampung Ensika ke sekolah berjalan kaki seperti biasa, tetapi dengan memakai jaket keselamatan. :-) Keselamatan dititikberatkan, kerana malang tak berbau.
Friday, January 6, 2012
Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2012
Sesi persekolahan 2012 bermula lagi. Kali ini bermula pada 4 Januari 2012 bersamaan dengan hari Rabu. Semua orang pelik mengapa sesi persekolahan bermula pada hari Rabu, termasuklah para guru. Apapun, tak kisahlah. Janji budak-budak semuanya mendaftar dan mula bersekolah.
Tahun ini, SK Rajau Ensika mempunyai jumlah murid seramai 23 orang. Sikit sahaja. Tahun 1 mempunyai seramai 2 orang murid lelaki, tahun 2, 2 orang murid (lelaki dan perempuan), tahun 3, 2 orang (lelaki dan perempuan), tahun 4, 2 orang murid (dua-dua lelaki), tahun 5, 7 murid (3 perempuan, 4 lelaki) dan tahun 6 menjuarai bilangan murid seramai 8 orang (5 lelaki, 3 perempuan). Saya masih belum mengingati nama penuh murid tahun 1, setakat yang diingati hanyalah nama panggilan sahaja iaitu Shadah dan Gabriel. Nama keduanya sangat panjang untuk saya ingati. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan upload gambar murid-murid saya ini.
Alhamdulillah, sesi persekolahan kali ini berjalan lancar. Walaupun hujan lebat melanda, murid tetap datang ke sekolah seperti biasa. Moga-moga tiada banjir akan melanda seperti mana tahun 2009. Tetapi kasihan dengan murid-murid Kampung Kakus, mereka terpaksa meredah banjir yang melanda sebahagian kecil kawasan kampung mereka. Saya sendiri merasa tempias banjir tersebut semasa mahu keluar dari sekolah petang tadi. Memang bahaya bagi anak-anak ini berjalan kaki dalam keadaan banjir. Takut ada yang hanyut dek air deras, ataupun tergelincir akibat tanah yang licin.
Tahun ini saya menjadi guru kelas tahun 6. Nampaknya, banyak tugas yang perlu dilaksanakan awal tahun ni. Mengemas kelas, sediakan jadual waktu dan jadual bertugas murid, menyediakan maklumat murid dan sebagainya. Apa yang pasti, setelah ditanya kepada semua murid tahun 6, semua mereka mempunyai azam yang hampir sama iaitu mahu mendapatkan 5A di dalam peperiksaan UPSR. Insya Allah, jika mereka rajin dan tidak leka, pasti mereka akan berjaya memperoleh kejayaan. Semoga kejayaan murid-murid tahun 6 tahun sebelumnya akan menjadi perangsang kepada mereka semua. Saya juga sedang cuba merancang program-program yang boleh meningkat serta melonjakkan keputusan mereka. Jika rakan-rakan di luar sana mempunyai cadangan, harap dapatlah dikongsikan bersama dengan saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)