Wednesday, February 1, 2012

Tekanan Sudah Bermula

Tahun ni, calon UPSR SK Rajau Ensika ialah seramai 8 orang. Tak ramai, sikit je. Tapi tahun lepas, lagi sikit, 4 orang sahaja. Alhamdulillah, tahun lepas sekolah telah berjaya lulus 100% dalam peperiksaan UPSR. Tahun ni, para guru kena kerja lebih kuat untuk mengekalkan prestasi itu, lebih-lebih lagi ada seorang murid yang lemah.

Ujian Diagnostik yang berakhir pada minggu lepas menunjukkan ramai murid yang masih belum menguasai kemahiran dalam semua subjek. Saya dah mula mengatur strategi untuk tahun ni. Yang pasti guru-guru dan murid-murid semua kenalah memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Murid-murid dah diingatkan untuk buang virus M (malas) dalam diri mereka. Calon tahun ini juga merupakan anak didik saya yang saya ajar subjek BM sejak mereka di tahun 3 lagi. Jadi saya sudah mengenali kelemahan dan kekuatan mereka.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya untuk meneruskan pengajian saya. Insya Allah saya akan menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Pendidikan saya pada Disember ini. Maka bebanan kerja bukan sahaja untuk mendidik anak-anak murid, tetapi bebanan saya untuk belajar dan menghadiri kelas serta peperiksaan. Semoga saya diberikan kekuatan untuk meneruskan semua ini seperti mana tahun lepas, amin amin amin....

2 comments: